Ringkasan Eksekutif
USIM TREES INFORMATION SYSTEM (IN3) merupakan satu modul inovasi yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan dan Fasiliti (JPPF). Sistem ini merupakan Pusat Penyimpanan Maklumat Bersepadu Pokok di USIM. IN3 mula dilancarkan pertama kali pada Januari 2020. Maklumat asas pokok mudah diperolehi dengan kemudahan kemaskini maklumat menggunakan tablet yang dihubungkan melalui rangkaian telekomunikasi ke pelayan. Pengguna mampu mengemaskini maklumat status pokok dengan lebih cepat dan tepat. Paparan maklumat dalam format GIS juga boleh dicapai melalui internet serta boleh diubahsuai mengikut keperluan pengguna.
Unit Landskap,
Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF)